Friday, 11 July 2014

LAPORAN MPMM SESI 2013 / 2014

08 Februari 2013 (Jumaat)     : Pembubaran MPMM sesi 2012 / 2014
12-15 Februari 2013               : Pendaftaran Calon PRK 2013
18 Februari 2013 (Isnin)         : Sesi Penamaan Calon PRK 2013
19 Februari 2013 (Selasa)       : Malam Manifesto
19-20 Februari 2013               : Berkempen
21 Februari 2013 (Khamis)     : Pembuangan Undi & Malam Pengumuman keputusan PRK 13
22 Februari 2013 (Jumaat)     : Pembentukkan Kabinet MPMM sesi 2013 / 2014
25 Februari 2013 (Isnin)         : Perjumpaan MPMM
26 Februari 2013 (Selasa)       : Taklimat Fail
01 Mac 2013 (Jumaat)            : Majlis Serah Tugas bersama mantan MPMM sesi 2012/2013
05 Mac 2013 (Selasa)             : Taklimat BAKSIS Siri I Sesi 2013
06 Mac 2013 (Rabu)               : Mesyuarat MPMM kali Pertama (Ambil Gambar Ahli)
07 Mac 2013 (Khamis)            : Majlis Doa Selamat & Solat Hajat Asrama Pandan City
                                                : Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kali Pertama
08 Mac 2013 (Jumaat)            : Majlis Penyampaian Watikah & Penghargaan  MPMM
                                                : Kunjungan Hormat MPMM bersama Pengurusan MARSAH
                                                  (Penjelasan Isu YPJ & Kemudahan Asrama Pandan City)
13 Mac 2013 (Rabu)               : Mesyuarat MPMM kali kedua
                                                  (Pembentukkan Visi, Misi & Hala Tuju MPMM)
17 Mac 2013 (Ahad)               : Mesyuarat Khas BAKSIS siri 1 di Kg. Tengah, Renggam
20 Mac 2013 (Rabu)               : Mesyuarat Khas BAKSIS Siri 1 kali Pertama
21 Mac 2013 (Khamis)            : Kunjungan Hormat bersama Bahagian Pentadbiran
                                                  (Penjelasan lanjut  Isu YPJ, Asrama Pandan dll)
25 Mac 2013 (Isnin)                : Perbincangan bersama Bahagian HEP
                                                  (Hal Kebajikan Asrama & Isu Latihan JPAM)
27 Mac 2013 (Rabu)               : Mesyuarat Khas BAKSIS & Taklimat BAKSIS kali kedua
03 April 2013 (Rabu)               : Mesyuarat Khas MPMM & Mesyuarat MT kali Kedua
04 April 2013 (Khamis)           : Persiapan Akhir BAKSIS
05-08 April 2013                     : BAKTI SISWA siri I sesi 2013 di Kg. Tengah, Renggam, Kluang
14 April 2013 (Ahad)               : Pendaftaran Asrama Pandan City (Pelajar Short Sem)
20 April 2013 (Sabtu)              : Kunjungan Hormat MPMM ke USIM
                                                : Rombongan Penyokong Final Da’I Milenia Azam al-Kankari
22 April 2013 (Rabu)               : Mesyuarat Khas MPMM ( Mitas 6)
                                                : Bengkel Pengurusan Cemerlang MPMM siri 1
31 April 2013 (Jumaat)           : Majlis Penutupan Daurah 2013
04 Jun 2013 (Selasa)               : Pembukaan Buku Akaun MPMM
05 Jun 2013 (Rabu)                 : Pembukaan Tawaran Fasilitator MITAS 6
09 Jun 2013 (Ahad)                 : Semakkan Fail & Bengkel Pengurusan MPMM siri 2
10 Jun 2013 (Isnin)                  : Mesyuarat Khas MITAS 6
11 Jun 2013                             : Mesyuarat Khas MITAS 6
                                                : Mesyuarat MT kali ketiga
                                                : Gotong-Royong bilik MPMM
12 Jun 2013 (Khamis)              : Taklimat Akhir MITAS 6 & Mesyuarat Khas MITAS 6
13-15 Jun 2013                        : MITAS 6 Ambilan Jun 2013
20 Jun 2013 (Khamis) : Mesyuarat Khas MPMM (Mini Karnival Konvo 2013)
26 Jun 2013 (Rabu)                 : Mesyuarat Khas MPMM (Mini Karnival Konvo 2013)
27 Jun 2013 (Khamis)              : Mesyuarat Khas MPMM (Mini Karnival Konvo 2013)
01 Julai 2013 (Isnin)                : Mini Karnival Konvokesyen 2013
                                                  (Forum Bicara Ad-Deen, Pertandingan Nasyid & Seni Khat)
02 Julai 2013 (selasa)                         : Mini Karnival Konvokesyen 2013
                                                  (Hi-Tea bersama bakal Graduan, Res. Selasih PERSADA)
08 Julai 2013 (Isnin)                : Mesyuarat Agung Kelab DPI
09 Julai 2013 (Isnin)                : Tafaqquh Ilmi ( Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan )
17 Julai 2013 (Rabu)               : Mesyuarat Exco Akademik kali Pertama
23 Julai 2013 (Selasa)             : Mesyuarat Agung kali-1 Kelab-kelab Sukan & Seni Budaya
24 Julai 2013 (Rabu)               : Iftar bersama Warga Raudhatus Sakinah
30 Julai 2013 (Selasa)             : Iftar Jam’ie MARSAH
01 Ogos 2013 (Khamis)           : Iftar MPMM
21 Ogos 2013 (Rabu)              : Perpindahan Bilik MPMM
03 September 2013 (Selasa)   : Jamuan Raya MARSAH
                                                : Tafaqquh Ilmi : Bahaya Syiah (Kelab Syariah)
                                                : Mesyuarat & Taklimat KSM 1
04 September 2013 (Rabu)     : Mesyuarat MPMM ( KSM 1 & KKIM 1)
06 September 2013 (Jumaat) : Persiapan & Taklimat Akhir KSM 1
07 September 2013 (Sabtu)    : Karnival Sukan Kali-1 (KSM1)
10 September 2013 (Selasa)   : Tafaqquh Ilmi :
                                                : Rawatan Islam (Kelab Usuluddin)
                                                : Motivasi Ustaz Rock (Kelab DPI)
11 September 2013 (Rabu)     : Mesyuarat MPMM (KKIM 1)
12 September 2013 (Khamis) : Pagar Asrama (Terapi bil Quran)
17 September 2013 (Selasa)   : Tafaqquh Ilmi : Khabar Dari Tanah Syuhada’
18 September 2013 (Rabu)     : Mesyuarat MPMM (KKIM 1)
19 September 2013 (Khamis) : Perjumpaan MPMM bersama Pelajar Tahfiz
20 september 2013 (Jumaat) : Gotong-Royong KKIM 1
21 September 2013 (Sabtu)    : Karnival Kesenian Islam kali -1 (KKIM 1)
24 September 2013 (Selasa)   : Majlis Penutupan Rasmi KSM & KKIM kali-1
28-29 Oktober 2013                : Konvensyen Usahawan USIM
01 Oktober 2013 (Selasa)       : Mesyuarat MT kali keempat
02 Oktober 2013 (Rabu)         : Mesyuarat MPMM (Majlis bersama Ahli Bersekutu)
                                                : Perjumpaan bersama Penyelia Asrama
03 Oktober 2013 (Khamis)      : Majlis Perjumpaan bersama Ahli Bersekutu
25 Oktober 2013 (Rabu)         : Kunjungan Hormat bersama TKE (Akademik)
31 Oktober 2013 (Khamis)      : Perjumpaan Pelajar DPI bersama Bhg. Kewangan
08 November 2013 (Jumaat)  : Mesyuarat BAKSIS siri ii sesi 2013 di Felda Redong
12 November 2013 (Selasa)   : Mesyuarat Khas Mini MITAS 6
18 November 2013 (Isnin)      : Mesyuarat Khas Mini MITAS 6
                                                : Mesyuarat Khas BAKSIS siri ii sesi 2013
19 November 2013 (Selasa)   : Taklimat Mini MITAS & Brian Storm LDK
20 November 2013 (Rabu)     : Persiapan Akhir Mini MITAS
                                                : Majlis Doa selamat & Taklimat Akhir
21-22 November 2013            : Mini MITAS 6 ambilan November 2013
26 November 2013 (Selasa)   : Majlis Penutup Rasmi Mini MITAS 6
27 November 2013 (Rabu)     : Mesyuarat Khas BAKSIS siri ii
                                                : Mesyuarat BAKSIS siri ii di Felda Redong
28 November 2013 (Khamis)  : Seminar Pelancongan Halal di Persada
                                                : Mesyuarat Khas Kelab TAQWA (Tahyizul Mayyit)
03 Disember 2013 (Selasa)     : Tafaqquh Ilmi : Teori Tahyizul Mayyit
09 Disember 2013 (Isnin)       : Mesyuarat Khas MITAS DAURAH
                                                : Mesyuarat Khas BAKSIS siri II
10 Disember 2013 (Selasa)     : Mesyuarat Khas MITAS DAURAH
                                                :Tafaqquh ilmi : Amali Tahyizul Mayyit
11 Disember 2013 (Rabu)       : Taklimat Pengisian MITAS DAURAH & Persiapan
12 Disember 2013 (Khamis)   : Persiapan Akhir Mitas Daurah & Temuduga Fasilitator
13-15 Disember 2013             : MITAS DAURAH (Pelajar Kursus Kemahiran B. Arab)
17 Disember 2013 (Selasa)     : Mesyuarat Khas BAKSIS siri ii sesi 2013
18 Disember 2013 (Rabu)       : Persiapan BAKSIS Siri ii sesi 2013
19 Disember 2013 (Khamis)   : Persiapan BAKSIS Siri ii sesi 2013
                                                : Taklimat Peserta BAKSIS siri ii sesi 2013
20-23 Disember 2013             : BAKTI SISWA siri ii sesi 2013 di Felda Redong, Segamat
04 Februari 2014 (Selasa)       : Mesyuarat Khas Akhir MPMM
05 Februari 2014 (Rabu)         : Sambutan Dzikra al-Rasul dan Majlis Pembubaran MPMM

                                                : Makan Malam Mantan MPMM

Tuesday, 10 June 2014

PENGALAMAN MENGAJAR 2006 - KINI

Tahun 2006
Sekolah Agama Desa Paya Mengkuang
Jalan Kelasi, Taman Desa Paya Mengkuang
81560 Gelang Patah, Johor Bahru

Tahun 2006 - 2008
Sekolah Agama Tanjung Kupang
81560 Gelang Patah, Johor Bahru

Tahun 2009
Sekolah Agama Kenangan Morni Pok
81560 Gelang Patah, Johor Bahru

Tahun 2010 - 2011
Sekolah Agama Bandar Baru Uda
81000 Tampoi, Johor Bahru

Tahun 2012 - 2014
Sekolah Agama Kenangan Morni Pok
81560 Gelang Patah, Johor Bahru

Tahun 2014 - kini
Sekolah Agama Taman Nusantara
81550 Gelang Patah, Johor Bahru

Wednesday, 2 May 2012



KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

1.      SIMULASI : Main Peranan dan Lakonan.

Murid-murid melakonkan suatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan teratur .Simulasi terbahagi kepada dua :

(a)    Sosiodrama (lakonan berpandukan skrip)

v  Contoh : Guru mengambil dua orang murid untuk melakonkan suatu situasi ketika berjual beli,seorang murid membawa watak sebagai peniaga dan seorang lagi sebagai pembeli,berdasarkan skrip murid perlu melakokan adab-adab semasa berjual-beli dalam islam.

(b)   Main peranan (lakonan spontan)

v  Contoh :Guru meminta dua orang murid untuk melakonkan suatu situasi ketika berjual beli,seorang murid membawa watak sebagai peniaga dan seorang lagi sebagai pembeli. tanpa menggunakan skrip,murid dikehendaki berlakon secara spontan antara larangan-larangan semasa berjual beli.

Contoh Langkah-Langkah Perlaksanaan Simulasi bagi tajuk Adab-adab berjual beli dalam Islam.




2.      TUNJUK CARA : Demostrasi

Dikenali sebagai demostrasi iaitu guru mendemostrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.

v  Contoh :Guru menunjukkan cara-cara dan langkah-langkah bertayyamum menggunakan debu tanah yang suci di luar kelas.

Prinsip-prinsip tunjuk cara terbahagi kepada tiga sebelum demostrasi,semasa demostrasi dan selepas demostrasi.

·         Sebelum demostrasi

v  Contoh : Guru mengambil tajuk Tayyamum dan cara-cara bertayymum menggunakan debu tanah serta langkah-langkah,guru melakukan demostrasi di luar kelas bagi memudahkan penggunaan debu tanah yang suci dan menyatakan sebab di bolehkan bertayyamum dan cara-caranya.

·         Semasa demostrasi  

v  Contoh : Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan akan hadir ke tempat guru menjalankan demostrasi bertujuan murid dapat menyaksikan dengan lebih jelas serta penglihatan guru tertumpu pada setiap murid,guru akan mengulangi jika terdapat keraguan dan guru akan memanggil seorang atau setiap murid melakukan sekali lagi berdasarkan tunjuk cara guru.

·         Selepas Demostrasi

v  Contoh : Setelah selesai demostrasi guru memanggil semua murid dan menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan langkah-langkah serta perkara-perkara yang membatalkan tayyamum serta guru meminta murid mengklasifikan perbezaan antara wudhuk dan tayyamum sebagai aktiviti pengukuhan.





Jenis-jenis tunjuk cara terbahagi kepada tiga model. Model Hidup,Model Simbolik dan Model Persepsi :

·         Model Hidup : demostrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran menjalankan demostrasi berkenaan.

v  Contoh : Demostrasi guru tentang langkah-langkah bertayyamum dan murid melakukan demostrasi sekali lagi tentang langkah-langkah bertayyamum.

·         Model Simbolik : dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis , bergambar atau arahan guru.

v  Contoh : Guru memberi arahan langkah demi langkah bertayyamum supaya murid dapat melaksanakanya.

·         Model Persepsi : penggunaan video yang memaparkan suatu demostrasi .

v  Contoh : Memaparkan cara-cara dan langkah bertayyamum dengan tertib menerusi tayangan video.

Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan,perlaksanaan,latihan dan penutup sebagai contoh ;





3.      PERBINCANGAN

            Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan murid-murid dalam kelas,bertukar-tukar fikiran di bawah penyeliaan guru.terdapat dua bentuk perbincangan iaitu perbincangan keseluruhan kelas dan kumpulan-kumpulan kecil.

·         Keseluruhan kelas (diketuai oleh guru)

v  Contoh : Guru menyatakan satu topik gejala sosial dan cara menanganinya kepada murid untuk berkongsi maklumat dan idea berkaitan gejala-gejala sosial dan penyelesaianya.murid yang mempunyai maklumat dan idea akan menyakatakan ideanya kepada guru dan rakan-rakanya.

·         Kumpulan-kumpulan kecil (diketuai oleh seorang murid)

v  Contoh : Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. setiap kumpulan akan melantik seorang ketua dan guru akan memberi satu tajuk dari topik gejala-gejala sosial pergaulan bebas,zina,rempit dan dadah,ketua kumpulan diminta bersama-sama ahli membincangkan langkah-langkah mengatasinya dan dicatat oleh seorang setiausaha kumpulan.guru akan memantau dan memberi bantuan jika didapati perlu .

Tujuan perbincangan adalah bagi menggalakan perkembangan mental murid,dapat melatih murid berfikir dengan teliti,jelas,tepat dan logik.selain itu dapat memberi peluang kepada murid menggunakan kemahiran lisan dengan berinteraksi dan berkomunikasi dan memupuk semangat kerjasama.

4.      SUMBANGSARAN

Juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming) ,sesi perbincangan setiap ahli kumpulan menyumbang pendapat dan idea dalam suatu tajuk.

Terdapat tiga peringkat utama sumbangsaran iaitu peringkat permulaan,peringkat perbincangan dan peringkat penilaian dan rumusan.sebagai contoh :





5.      KERJA KUMPULAN

Berasaskan kepada strategi berpusatan murid,dengan berkumpulan murid-murid dapat menguasai kemahiran tertentu dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

·         KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
Murid di bahagikan kepada tiga kumpulan,iaitu kumpulan cerdas,kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.

v  Contoh : Guru membahagikan tiga kumpulan mengikut kebolehan murid dengan memberi tugasan mencabar bagi kumpulan cerdas,tugasan biasa bagi kumpulan sederhana dan tugasan mudah bagi kumpulan lambat.

·         KUMPULAN PELBAGAI KUMPULAN
Setiap kumpulan kecil terdiri daripada murid peringkat cerdas,peringkat sederhana dan peringkat lambat.

v  Contoh : Guru memberi tugasan pada setiap kumpulan kecil secara berbeza-beza dalam kumpulan mengikut peringkat murid dalam kumpulan

Perancangan dan pengurusan mengajar kumpulan iaitu bahan-bahan pelajaran dan penyusunan tempat duduk di bilik darjah perlulah di sediakan lebih awal dan lebih teratur agar lebih berkesan.



6.      PENGAJARAN MODUL

Kaedah berpandukan guru ,murid mempelajari bahan melalui panduan bahan bercetak atau perisian komputer mengikut unit pelajaran yang disediakan.kaedah ini mengambil pendekatan daripada mudah dan kompleks.

Pengajaran terancang atau dikenali program belajar sendiri adalah sejenis modul pengajaran berprogram yang menggunakan panduan bercetak atau berkomputer kepada murid secara individu mengikut kebolehan masing-masing.bagi menghuraikan bahan pelajaran,aktiviti pembelajaran murid dan menyamakan jawapan.

v  Contoh : Guru menggunakan kitab al-Quran atau paparan slide ayat al-Quran bagi subjek Tajwid,guru akan menerangkan sedikit pengenalan Mad lazim kalimi kemudian guru meminta murid mencari contoh hukum mad lazim kalimi dalam al-Quran atau paparan ayat. murid akan mencari jawapan berpandukan bahan yang disediakan.


7.      PENYELESAIAN MASALAH

Suatu aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan,bukan mekanis,teka-teki,kuiz atau kemahiran matematik.individu murid atau kumpulan dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaian masalah dengan menentukan strategi dan kaedah melalui suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaian.

Soalan bermasalah yang sesuai dengan pengalaman mereka harus diberikan sebaik sahaja murid memperolehi ilmu atau menguasai kemahiran.jenis-jenis kaedah yang sering digunakan dalam bilik darjah adalah kaedah penyelesaian sendiri,kaedah inkuiri,kaedah dapatan,sumbangsaran dan kaedah TOC.terdapat juga model-model kaedah penyelesaian masalah seperti Model Dewey,Model Polya,Model Lester dan teknik TOC.

v  Contoh : Guru memberikan suatu masalah pengiraan kadar bayaran zakat harta bagi orang dewasa,murid mencari jalan penyelesaian dengan berpandukan jadual nisab dan khaul bagi zakat dan akhirnya murid dapat menyelesaikan masalah dengan mengenali masalah,mencari strategi dan melaksanakan penyelesaian.

8.      PEMUDAHCARAAN

Proses yang memudahkan sesuatu tindakan agar aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.kemahiran ini merupakan kecekapan guru berjaya memotivasikan murid-murid bersedia untuk belajar,mengalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam kelas,membimbing murid dan melicinkan segala proses pembelajaran.

Kaedah ini memerlukan guru yang menguasai kemahiran lisan dan bukan lisan yang cekap.terdapat tiga ciri pemudahcaraan iaitu teknik penyoalan,teknik percontohan dan scaffolding.

·         Teknik Penyoalan

v  Contoh : Semasa set induksi, guru bertanyakan kepada murid adakah mereka menunaikan solat subuh pagi itu,sebagai pendahuluan bagi tajuk kewajipan solat fardhu.

·         Teknik Percontohan

v  Contoh : Guru memberi contoh dengan menceritakan  pengalaman beliau semasa di bangku sekolah.dan guru meminta murid membuat cerita pengalaman mereka belajar selama hari ini.

·         Schaffolding

v  Contoh : Guru memberikan langkah-langkah kecil kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam Subjek Faraid.untuk menentukan jawapan,murid perlu mengambil langkah-langkah kecil itu dan dibimbing oleh guru hingga masalah itu seslesai.


9.      KAEDAH INKUIRI

Terdapat dua jenis strategi inkuiri iaitu inkuiri terbimbing (guru membimbing murid) biasanya digunakan pada peringkat sekolah rendah juga menengah rendah dan inkuiri terbuka (dijalankan oleh murid sendiri) digunakan pada peringkat Sekolah menengah atas dan lebih tinggi.

Terdapat lima peringkat utama langkah-langkah pengajaran melalui kaedah inkuiri iaitu mengenalpasti topik kajian,merancang strategi penyelesaian,mengumpulkan maklumat berkaitan,mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpul dan membuat generalisasi atau rumusan

v  Contoh : Guru memberi suatu topik kajian berkaitan organisma hidup kepada murid darjah 4, guru meminta murid membuat kajian berkaitan organisma hidup dan bernafas dengan menyatakan objektif kajian, hipotesis, pembolehubahdan langkah-langkah perlaksanaan kajian dengan dibimbing oleh guru.


10.  PENGAJARAN TEMATIK

                           Dikenali sebagai ‘Tema’ dan boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama pembicaraan atau kajian.kaedah ini sering digunakan dalam pelajaran bahasa,pendidikan seni dan pendidikan moral.berkaitrapat dengan aktiviti secara berkumpulan dan boleh dilaksanakan dengan tiga cara :

·         Cara 1 : Tema dipecahkan kepada subtopik dan di bincangkan dalam kumpulan Cerdas,Sederhana dan lambat dan perlu dibentang.
v  Contoh : dalam tema kemerdekaan,guru meminta kumpulan cerdas menyediakan satu puisi dan sajak kemerdekaan.bagi kumpulan sederhana menyediakan  Syair kemerdekaan dan bagi kumpulan lambat akan diminta menyediakan pantun kemerdekaan.

·         Cara 2 : Tema yang sama diberikan kepada setiap kumpulan pelbagai kebolehan dan perlu dibentang.
v  Contoh : Guru meminta setiap kumpulan melukis satu poster kemerdekaan.

·         Cara 3 : Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan dan perlu dibentang.

v  Contoh : Guru memberi tugasan setiap kumpulan dengan topik berbeza kumpulan 1 membuat Syair sebelum merdeka,kumpulan 2 membuat pantun semasa kemerdekaan dan kumpulan 3 membuat sajak selepas kemerdekaan.


11.  KAEDAH BERCERITA
                           Aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan,imej dan suara.terdapat elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot dan watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.

                           Bercerita untuk terapi adalah pendekatan paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai masalah.perancangan dan pengurusan sesi bercerita terbahagi kepada tiga peringkat perancang persediaan,sesi bercerita dan penutup sesi bercerita.

v  Contoh :Guru membacakan selawat beramai-ramai sebagai set induksi bagi tajuk sirah kelahiran Nabi Muhammad SAW.guru memberikan sedikit pengenalan biodata baginda SAW dan menceritakan kisah sewaktu ibu baginda Aminah melahirkan dan sebagai penutup,guru memberi beberapa soalan dan murid menjawab berdasarkan kisah yang difahami .

12.  BELAJAR SAMBIL MAIN
                           Merupakan aktiviti permainan dan merupakan aktiviti utama perkembangan kanak-kanak,main merupakan aktiviti yang bermotivasi dan membawa keseronokan.

                           Kaedah dan teknik bermain boleh dikaitkan dengan kaedah lain seperti simulasi,main peranan,penyelesaian masalah dan tunjuk cara.langkah-langkah perlaksanaan bermain ialah :

·         Langkah 1 : Perancangan.
v  Contoh : Guru merancang untuk menjalankan kuiz dengan menjalankan aktiviti permainan kotak beracun.Radio dan soalan sudah disediakan.

·         Langkah 2 : Permulaan.
v  Contoh : Guru menyatakan dan memberi taklimat kuiz dengan menjalankan satu permainan iaitu kotak beracun.



·         Langkah 3 : Permainan.
v  Contoh :Aktiviti kuiz berjalan dengan permainan kotak beracun,apabila muzik dimainkan berenti,murid yang memegang kotak akan mengambil soalan kuiz dan menjawabnya.

·         Langkah 4 : Penilaian.
v  Contoh : Guru menilai jawapan yang diberikan murid dan hadiah akan diberikan kepada murid yang Berjaya menjawab dengan betul.

·         Langkah 5 : Perbincangan.
v  Contoh : Setelah selesai aktiviti,guru membuat rumusan dan menerangkan sedikit tentang tajuk kuiz yang dipelajari berdasarkan jawapan murid-murid yang menjawab soalan kuiz.

·         Langkah 6 : Penutup.
v  Contoh : Murid mencatat rumusan dan membantu guru mengemas peralatan yang dipakai.

13.  PEMBELAJARAN MASTERI (Mastery learning)

                           Diertikan sebagai kecekapan pembelajaran menguasai ilmu pengatahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar berkesan sekiranya ada pengajaran atau pembelajaran yang berkualiti serta masa yang mencukupi.

                           Menentukan hasil pengajaran,merancang isi unit pelajaran dengan menilai hasil pelajaran dengan ujian formatif dan ujian sumatif.laksanakan aktiviti pemulihan kepada murid yang lambat dan berikan aktiviti penggayaan atau pengukuhan bagi murid yang dapat mencapai objektif

·         Contoh : Guru mengajar subjek al-Quran,guru mengajar sebutan huruf satu persatu dengan mahraj huruf setelah selesai guru menjalankan penilaian bagi memastikan hasil pengajaran tercapai.apabila selesai  ujian sebutan huruf dan mahrajnya.guru dapat mengenalpasti murid yang dapat atau tidak dan akan mengasingkan murid yang dapat dan murid yang tidak dapat.guru menjalankan proses penerangan semula kepada murid yang lambat dan pengukuhan sebutan kepada murid yang dapat menguasai pengajaran.